Pembeli rumah pangsa kos rendah di Taman Mount Austin, Johor telah membuat satu laporan polis terhadap pemaju rumah pangsa tersebut, semalam.
Pembeli-pembeli yang telah membeli 911 unit rumah pangsa tersebut menyatakan bahawa pemaju tidak menyiapkan rumah pangsa dan telah menghilangkan diri.
Pengerusi jawatankuasa pemilik, Suhaini bin Mat Isa (kiri) berkata bahawa hanya satu sijil kelayakan menduduki (CFO) sahaja yang telah dikeluarkan untuk satu blok.
MBJB pula telah mengenakan cukai tanah untuk blok tersebut walaupun bekalan air dan elektrik tidak dibekalkan lagi serta keadaan rumah tidak sesuai didiami.
Jawatankuasa pemilik telah mengambil pelbagai langkah untuk menyelesaikan masalah ini, termasuk berjumpa dengan ADUN Kota Puteri Wangsa, ADUN Tebrau dan Menteri Besar Johor tetapi semuanya tidak membawa kepada penyelesaian.
Menurut Suhaini lagi, kebanyakkan pembeli rumah pangsa kos rendah tersebut adalah dari golongan berpendapatan rendah dan kini terpaksa menanggung pembayaran pinjaman bank serta sewa rumah.
Suhaini juga meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat isu ini.


