455 pelajar di parlimen Silam, Sabah terima Netbook 1Malaysia percuma

Seramai 455 orang pelajar SMK Desa Kencana, Lahad Datu menerima Netbook 1Malaysia secara percuma dalam satu majlis yang diadakan sempena Mesyuarat Agung PIBG semalam.

Ahli Parlimen Silam, Salleh Bin Kalbi merasmikan majlis penyerahan Netbook tersebut di hadapan kira-kira 800 ibu bapa. Majlis ini juga dihadiri oleh Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, En. Bukhari Bin Yahya.

Bukhari dalam ucapannya menyebut bahawa pemberian Netbook ini adalah sebahagian daripada program Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang bertujuan meningkatkan capaian jalur lebar ke seluruh negara.

Beliau menegaskan bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan mengawasi anak-anak mereka yang melayari laman web sosial seperti Facebook supaya tidak menyebarkan fitnah atau menulis sebarang isu sensitif, kerana mereka mungkin boleh disabitkan bersalah jika ada aduan dibuat.

Salleh juga menekankan peranan ibu bapa sebagai ‘role model’ untuk mengubah nasib anak-anak mereka pada masa depan.

“Tiada gunanya saya berjanji bulan bintang kalau masyarakat saya mentalitinya adalah sentiasa subsidi. Kita hendaklah menjadi masyarakat yang memberi, kerana memberi itu lebih baik daripada menerima,” katanya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 thoughts on “455 pelajar di parlimen Silam, Sabah terima Netbook 1Malaysia percuma

  1. pasti ini menggembirakan para pelajar tersebut yang menerima Netbook 1Malaysia secara percuma.

  2. semoga ini dapat meningkatkan motivasi para pelajar tersebut untuk menjadi cemerlang.

  3. “Kita hendaklah menjadi masyarakat yang memberi, kerana memberi itu lebih baik daripada menerima,”

    oleh itu kerajaan juga perlu lebih banyak memberi daripada menerima..

  4. saya harap pemberian ini tidak disia2kan oleh para pelajar malah memanfaatkannya dengan baik sebagai kemudahan pembelajaran..

  5. Gunalah Netbook yang diberi untuk membantu dalam pembelajaran dengan sebaiknya

  6. pelajar di sekolah ini pasti sangat gembira dan berterima kasih dengan pemberian tersebut.apa yang pasti,pemberian Netbook 1Malaysia itu akan lebih mendorong para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan memanfaatkannya untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

  7. memberi ada kebaikkannya demikian juga menerima..namun ianya terpulang kepada apa yang diberi dan apa yang diterima..

  8. pemberian Netbook percuma ini harus diberikan kepada golongan yang benar2 memerlukannya..

  9. apa2 pun, diharap kepada semua penerima Netbook percuma ini akan menggunakannya dengan sebaik mungkin..

  10. Apapun, saya harap pemberian netbook 1Malaysia ni dimanfaatkan sebaik mungkin utk tujuan pembelajaran.

  11. Terima kasih atas pemberian note book tersebut. Harap para pelajar akan menggunakan kemudahan ini sebaiknya.

  12. Ini bagi memberikan para pelajar ilmu pendidikan ICT lebih awal supaya mereka lebih mengenalinya.

  13. pemberian ini adalah untuk kebaikan para pelajar terutama dalam memudahkan pencarian maklumat mengenai pelajaran dan diharap mereka tidak menyalahgunakannya.

Leave Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Name *
Email *
Website