Komentar: Guru Sabah atau Guru Semenanjung?

Sabah merupakan sebuah negeri yang luas dengan demografi penduduk daripada pelbagai suku bangsa. Suku bangsa ini sinonim dengan beberapa daerah yang spesifik, contohnya suku Bajau di Semporna dan Kota Belud, suku Rungus di Kudat, suku Sungai di Sandakan dan seterusnya.

Diversiti demografi ini masih kukuh di Sabah dan identiti suku berdasarkan daerah asal masih dipegang dengan utuh kecuali di bandar besar dan penempatan terancang seperti FELDA.

Diversiti ini walaupun unik tetapi mewujudkan satul lagi masalah kerana ia mewujudkan pola bahasa pertuturan yang berlainan di setiap daerah di negeri Sabah mengikut dominasi suku bangsa.

Lanjutannya, pola bahasa pertuturan ini menjadi satu masalah besar kerana ia merupakan satu aspek gangguan di dalam komunikasi di antara pelajar dan guru berikutan penggunaan Bahasa Melayu rasmi yang belum digunakan secara meluas.

Masalah kelemahan penggunaan Bahasa Melayu dikalangan pelajar menyebabkan pencapaian mereka dalam bidang akademik terganggu. Ini adalah lantaran pelajar-pelajar tidak memahami atau menguasai Bahasa Melayu rasmi yang diguna pakai di dalam sistem pendidikan Malaysia dan seterusnya mencatat prestasi rendah di dalam peperiksaan awam.

Kehadiran guru-guru dari Semenanjung Malaysia sebenarnya telah banyak membantu memecahkan dominasi bahasa tempatan dan membantu pelajar menguasaï Bahasa Melayu secara tidak langsung.

Setelah beberapa dekad pendekatan ini digunakan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar di Sabah masih belum memberangsangkan.

Persoalannya, apakah akan berlaku jika guru dari Sabah mendominasi sistem pendidikan di negeri ini?

Kemungkinan besar, perkembangan Bahasa Melayu akan terbantut dan akan wujud kecenderungan penggunaan bahasa ibunda di dalam pengajaran di sekolah.  Jika ini berlaku di Sabah polarisasi suku kaum dan bangsa akan menjadi lebih ketara.

Guru-guru dari Semenanjung  Malaysia datang ke Sabah dengan membawa pengalaman hidup dan budaya yang sangat berbeza. Kehadiran mereka sedikit sebanyak telah membantu transformasi pelajar-pelajar di Sabah untuk keluar dari kepompong mereka.

Di samping itu, pelajar-pelajar di Sabah dapat mengenali budaya Malaysia yang lebih berdiversiti dan ini akan dapat membuka minda mereka. Pembangunan intelektual pelajar juga dapat ditingkatkan di samping menggarap aspek pemikiran kritis melalui pertembungan budaya.

Justeru itu, cadangan untuk rakyat Sabah dijadikan sebagai guru di Sabah boleh diambil ringan tanpa memikirkan implikasinya.  Pihak yang berkenaan haruslah mempertimbangkan hal ini demi masa depan anak-anak bangsa Malaysia dan rakyat Sabah khususnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 thoughts on “Komentar: Guru Sabah atau Guru Semenanjung?

  1. It’s best if we give priorities to the local teachers first. I’m sure most of the West Malaysian teachers would prefer to serve in their own hometown as well. If we could fill in the positions with our own teachers, we should do so.

  2. mmg peranan guru dari semenanjung juga penting dalam mendidik pelajar terutamanya dari segi bahasa malaysia. namun kita juga harus memberi keutamaan kepada guru2 tempatan kerana mereka lebih memahami keperluan pelajar tempatan.

  3. memang peranan guru-guru dari Semenanjung juga diakui adalah baik. namun, guru-guru tempatan Sabah lebih sanggup untuk mengajar di kawasan pedalaman Sabah berbanding dengan guru-guru daripada semenanjung.

  4. selain itu, kehadiran guru-guru dari Semananjung masih belum dapat mengatasi masalah kekurangan guru di Sabah. maka, disebabkan itulah calon tempatan Sabah wajar diberikan keutamaan untuk mengisi kekosongan yang ada di Sabah.

  5. tidak perlu meremehkan kemampuan berbahasa melayu dikalangan guru tempatan sabah seolah2 hanya guru2 dari semenanjung sahaja yang menguasa bahasa melayu dengan baik. setakat ini apa gaya hidup dan budaya yang berjaya dibawa oleh guru2 semenanjung ke Sabah?

  6. setakat apa yang saya tahu guru2 semenanjung tidak terlepas dari merungut setelah mereka ditempatkan ke Sabah. ini sebenarnya boleh memberikan impak kepada tanggungjawab mereka sebagai pendidik. berkenaan dengan gaya hidup dan budaya, rasanya majoriti rakyat di semenanjung juga masih belum mengenali Sabah kerana kurang pendedahan dari media. jadi begitu juga sebaliknya dimana media lebih memainkan peranan berbanding dengan guru.

  7. apa2pun, menempatkan guru2 semenanjung ke Sabah sememangnya baik tetapi biarlah ianya mengikut keperluan. kerajaan perlu utamakan dahulu rakyat tempatan.

  8. Tapi jika guru dari Sabah diajar dahulu dengan bahasa melayu apa yang akan berlaku??Tidakkan semata-mata guru dari semenanjung dihantar ke Sabah hanya kerana bahasa Melayu??

  9. Apa pun jika boleh berikan peluang kepada guru tempatan untuk mendidik. Guru tempatan apa kurangnya dalam bahasa. Pasti juga mahir jika sudah terdidik.

  10. Can’t deny that the WM teachers brought whole lot of changes in Sabah education system. However, it is still important to prioritize the local teachers.

  11. Where is your statistic showing that Sabah student is in fact has improve in Bahasa since the peninsular based Bahasa teacher send here? what is your proof to substantiate your so-called claims?

    Bro, cakap senang la…you tulis pun based on pandangan general you saja…tapi masalahnya tulisan you ni akan dibaca oleh orang lain & boleh menimbulkan persepsi yg ‘tidak sepatutnya’ ke atas orang sabah…

    lain kali, kalau nak tulis tu, sertakan la dgn data2 yg relevan skali, baru boleh percaya..

    Kalau meleis memang meleis…huhuhu…

  12. uiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiksssss… Banyak2 subjek, subjek BM lah yang saya dapat A++++ dari darjah 1 hingga ting 6 (universiti tak kiralah).. Semua guru yang ajar saya masa tu adalah orang Sabah dan paling best guru berbangsa cina (pun org Sabah) pernah ajar saya semasa di ting 6.

  13. Saya tak nafikan guru dari semenanjung fasih berbahasa Melayu namun tidak semua fasih guna BM baku… Artikel nampak mcm berat sebelah pula. huhuhu

  14. Tak dinafikan kemasukan guru semenanjung ke Sabah ada kebaikkannya cuma kalau boleh (ulang semula KALAU BOLEH) berilah keutamaan kepada guru tempatan.

  15. Persoalannya, apakah akan berlaku jika guru dari Sabah mendominasi sistem pendidikan di negeri ini?

    - Namanya juga dah jadi guru pasti mereka ini berkelayakan mengajar kan:P

  16. What an article! Sombong sungguh bunyinya. Macam inikah gaya yang ingin diterapkan kepada anak-anak kita? Ish.

  17. We wouldn’t mind where the teachers came from. But I hope that the local Sabahan teachers will be given more priorities. If we have local teachers at the ready, why do we need to import some from West Malaysia.

Leave Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Name *
Email *
Website