Penduduk Labuan kecewa dengan taraf perkhidmatan 3G

Penduduk Labuan rata-rata kecewa dengan perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi selular yang semakin buruk walaupun telah mengumumkan peningkatan keupayaan jalur dari 3G ke 4G.

Keadaan ini berterusan walaupun baru-baru ini mereka telah memaklumkan bahawa syarikat tersebut sedang menaik taraf mutu perkhidmatan beberapa bulan yang lalu terutama bagi kawasan Labuan dan Sabah.

“Perkhidmatan selular syarikat ini terutama dalam jaluran data sebelum ini adalah stabil dan mampu berhubung dengan kelajuan yang tetap di seluruh pulau Labuan. Walaubagaimanapun, setelah peningkatan perkhidmatan keadaan menjadi sebaliknya dan bertambah teruk sehinggakan ramai tetamu hotel kami bersunggut dan menyatakan kekecewaan terhadap perkhidmatan telekomunikasi yang sangat lemah di pulau ini”, ujar Roslan Alias, seorang pegawai di salah sebuah hotel bertaraf lima bintang di pulau ini.

Tinjauan Komunitikini mendapati keseluruhan keupayaan jalur lebar amat lemah samada dari keupayaan liputan dan kelajuan capaian. Secara amnya, Labuan seharusnya mempunyai keupayaan jalur lebar yang mempunyai kelajuan tidak kurang dari 500Mbps kerana keluasan pulau yang hanya 91.64km persegi dan bentuk muka bumi yang landai.

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersama syarikat pengendali telekomunikasi di negara ini seharusnya memberikan keutamaan dalam pembangunan komunikasi negara berbanding kawasan lain kerana Labuan adalah pulau bebas cukai, pusat kewangan antarabangsa dan hub minyak serta gas negara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Penduduk Labuan kecewa dengan taraf perkhidmatan 3G

  1. Kalau MP & Perbadanan Labuan tak nampak kesusahan org luar yg berkhidmat di Labuan..sampai bila2 pun Labuan tetap mundur terkebelakang bahh..

Leave Reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Name *
Email *
Website